WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, August 21, 2010

Lim Guan Eng Hina Islam?

BENARKAH nama Lim Guan Eng disebut di dalam Khutbah Jumaat di P.Pinang? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan Khatib berbuat demikian? Dan, adakah kesemua masjid di P.Pinang melakukan perkara yang sama? Ini persoalan yang masih belum terjawab.

Amat menghairankan, jika perbuatan seperti ini diarahkan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang, mengapa tidak semua masjid melakukan perkara yang sama? Kita sangsi dengan berita yang dilaporkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri P.Pinang tidak lagi sensitif dengan Islam. Tetapi kita jangan lupa, tidak mustahil satu perbuatan sabotaj mungkin dirancang untuk memburukkan Kerajaan PR di P.Pinang. Majlis Agama P.Pinang wajib menyiasat perkara ini.

Akhbar Kosmo yang melaporkan berita ini turut menyebut bahawa Zahid Hamidi kesal kerana KM P.Pinang Lim Guan Eng turut hadir sewaktu penyerahan wang zakat. Adakah KM P.Pinang tidak boleh hadir di dalam majlis yang baik seumpama itu? Adakah Lim Guan Eng telah melakukan satu perbuatan yang boleh membatalkan syarat sah pemberian zakat? Apakah Islam menjadi hina semata-mata Lim Guan Eng hadir di dalam majlis pemberian wang zakat? Dalam laporan tersebut, tidak disebut Lim Guan Eng melakukan penyerahan wang kutipan zakat itu tetapi disebut beliau hanya hadir sahaja.

Apa pun, kita semua perlu menunggu hasil siasatan ke atas segala dakwaan ini. Isu sepanduk yang mempamirkan Sultan Johor yang kununnya dilakukan oleh PKR Johor mengajar kita terhadap semua perancangan musuh-musuh yang semakin iri hati dan dengki dengan PR. Jika terbukti Khatib dengan sengaja melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails