Monday, December 12, 2011

Usaha singkir bos Felda, demo esok

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.
NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.
"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.
Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdailymelaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.
Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.
Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung  penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.
azlanSementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.
Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.
"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails