WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 30, 2010

BERJAYA perlu mencari pelaburan alternatif

KENYATAAN MEDIA GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI (GMJ)
BERJAYA  PERLU  MENCARI  PELABURAN  ALTENATIF
RABU  30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431

Saya ingin merujuk kepada kenyatan Tan Sri Vincent Tan yang melihat Pakatan Rakyat (PR) dan bookie haram menjadi punca kenapa Kerajaan Malaysia menarik balik kebenaran syarikatnya Ascot Sport menjalankan perniagaan judi sukan. Kewujudan bookie haram dalam negara adalah berpunca daripada penguatkuasaan yang lemah dan permintaan judi yang memberangsangkan. Permintaan yang tinggi terhadap judi adalah datangnya daripada rangsangan syarikat-syarikat judi itu sendiri. Syarikat judi yang diberi lesen oleh kerajaanlah yang telah memberi peluang kepada rakyat berjudi dan menyebabkan mereka ketagih judi. Jika negara ini bersih daripada judi, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan rakyat terdidik membenci judi maka tiadalah permintaan terhadap judi seterusnya bookie haram tidak akan wujud dalam negara. Ini bermaksud salah satu punca kehadiran bookie haram itu sendiri berpunca daripada aktiviti judi yang dihalalkan oleh kerajaan. Oleh kerana Syarikat Berjaya mempunyai pelaburan judi yang besar maka tuduhan Tan Sri Vincent Tan itu bagaikan meludah ke langit.


Tan Sri Vincent Tan harus melihat kehendak rakyat khususnya anak muda Malaysia sudah berubah sekarang. Mereka mahu melihat negara ini bebas daripada nilai-nilai yang tidak sihat. Anak Muda Malaysia menolak rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, perjudian dan lain-lain lagi. Oleh itu pelaburan Syarikat Berjaya dalam perjudian sudah tidak sesuai  di Malaysia pada masa kini dan akan datang. Tan Sri Vincent Tan  perlu mencari pelaburan lain di negara ini yang boleh memacu negara ini menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai.


Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan meneruskan kempen tahap kedua iaitu Kempen Tak Nak Judi ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan:

1.    Mendidik masyarakat membenci judi

2.    Meperketatkan Penguatkuasaan Undang-undang judi

3.    Mengurangkan lesen judi.


Kempen Tak Nak Judi akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010  pukul 2.00  petang di Masjid Negara. Semua rakyat Malaysia yang mahu melihat negara ini bebas daripada judi dijemput hadir.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails