WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 28, 2010

Sensasi: Kekal Pendakwah Bebas, UMNO Ternyata Kempunan Bila Dr.Asri Sahkan Tidak Akan Sertai Mana-Mana Parti Politik Tanahair Buat Masa Ini !

PETALING JAYA, 27 Jun - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto) yang diwar-war akan menyerahkan borang sebagai ahli UMNO malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini. katanya. Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik. "Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik. "Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,""Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain. "Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau. Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.
[Dengan keputusan ini maka ianya membuatkan puak-puak UMNO"kempunan" untuk mendapatkan Dr.Asri yang telah digembar-gemburkan pada awalnya. Malah kenyataan awal mereka bahawa beliau dan 100 orang ulamak bakal sertai UMNO langsung tidak menjadi kenyataa. Hanya yang ada ialah "40 Ular Dalam Semak" yang telah dibelit ekornya untuk memperhambakan diri kepada UMNO. Ulamak inilah yang akan menyokong segala kebobrokan yang dilakukan oleh UMNO tidak lama lagi. Mereka dimasukkan kerana ketika isu "Judi Bola" dihebohkan sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun ulamak UMNO yang membantah keputusan kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi kepada Ascort Sport Sdn Bhd. Nyata, mana-mana ulamak yang menyertai UMNO bakal mendapat title "syaitan bisu" sebenarnya. Tahniahlah kepada Dr.Asri Zainul Abidin yang akhirnya berani keluar dari gelaran itu].

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails