Kaya sungguh Taib Mahmud : Jamilla ? Hmm. Tajuk keterlaluan ? Apa kata dihujungnya letak jua sambung ayat ini, Hidung macam muncung babi, telinga macam keldai. Some claimed he is the world's richest man from Sarawak.

Perjuangan saya kepada Rosli Dhoby sudah pun selesai. Namun, selagi Taib Mahmud masih berkuasa selaku pemimpin hilang akal, perjuangan masih belum selesai. Rosli Dhoby berani menentang penjajah tapi apakah kerana yang menjadi penyamun atau penipu besar itu bangsa kita, kita butakan mata atau pekakkan telinga? Ke mana perginya roh Islam yang sepatutnya hidup dalam sanubari kita?
Jika Rosli Dhoby sanggup membuang usia muda dengan mati di tali gantung, apakah di Sarawak tiada pahlawan moden yang berani? Tapi janganlah berani sampai nak ikat bom di badan atau bunuh orang pula. Zaman ini manusia perlu berlawan atau berjuang dengan menggunakan akal.
Jika benar ada yang tidak kena dengan pemimpin di Sarawak hari ini, takkanlah hendak dibiarkan hingga nasib bangsa terkulai di tepi sungai sama seperi berpuluh tahun dulu?

Sampai bila orang Melayu di Sarawak sekadar merungut di kedai kopi, di warung-warung saja atau dengan menggunakan surat terbuka atau menggunakan surat layang saja. Tanah orang Melayu di bandar habis! Melayu jadi mangsa pembangunan. Kalau menangis keluar air mata darah, bukan ada pemimpin politik yang berani ke depan pun.
Kenapa saya perlu mendokumentasikan apa saja yang berlaku di keliling saya terutama mengenai pemimpin negara dan pemimpin dunia? Ini kerana saya malu dari dulu hingga sampai hari ini, kita masih terpaksa membaca Kisah Pelayaran Abdullah Mushi kalau nak tahu tentang Melayu di zamannya atau Ibnu Bathutah dan Marco Polo.
Menurutnya, kemajuan yang dihasilkan oleh tamadun Barat pada masa ini tidak boleh ditolak bulat-bulat. "Apa yang baik kita ambil untuk manfaat, manakala yang buruk kita ketepikan." Malah Taib juga memberitahu bahawa umat Islam pada masa sekarang perlu bangkit untuk mengejar kemajuan yang sekian lama dipelopori Barat. Hebat Taib Mahmud berucap.

Kita tahu ada pemimpin Islam yang terlibat dengan kemungkaran yang menjadi zionis melalui freemason namun akibat takut, nak jaga periuk nasi, kita berdiam seribu bahasa. Dan siapa yang cuba menonjolkan kebenaran memperjuangkan hak asasi manusia mengikut al-Quran dan sunnah, orang itu kita label sebagai penulis upahan atau cuba melakukan keganasan semata-mata mahu menutup bangkai gajah di depan mata.
Amerika bergabung dengan zionis menggunakan alasan melawan terorisme untuk menangkap, menyeksa dan membunuh sesiapa saja atau menyerang negara Islam menggunakan pemimpin Islam yang jadi boneka untuk menganiaya, mendiskriminasi rakyat di bawah pimpinan kuku besi. Patutkah kita berdiam diri? Hendak jawab apa bila berdepan dengan Tuhan nanti? Benarkah Taib Mahmood berkait dengan freemason ?
No comments:
Post a Comment