WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 28, 2010

Respon : Felda: Susut 2.7 B Atau 8 B?! ,,,,,,,,Husam Silap Kira !!!



Satu lagi tabung , atau lebih tepat khazanah negara bocor. Berlaku ketirisan secara terang - terangan , dan malangnya ianya diakui oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah rakyat , khususnya peneroka.

Kerja - kerja menebuk tabung negara ni rupa - rupanya berterusan , dipelopori oleh Mahathir , diikuti oleh Pak Lah dan sekarang ini cuba diperhabiskan oleh Najib mana - mana tabung yang masih ada isi.

Felda: Susut 2.7 B atau 8 B?!
Posted on Saturday, June 26 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh 
CyberSniper


Oleh YB Dato' Husam Musa
Berapa sebenarnya rezab tunai Felda susut? 2.7 billion atau 8 billion? Teliti kenyataan Ahmad Maslan di lobi Parlimen;

Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period

He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.


a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.
Dalam kenyataan Timbalan Menteri yang jaga Felda tu , sebanyak “"RM2BILLION untuk penanaman semula tanaman" . Ini bermakna , seluruh tanah rancangan dan keluasan  tanah milik Felda ditanam semula dengan perbelanjaan tadi. Ini mungkin yang dimaksudkan oleh kerajaan kot !!!
Jadi dalam kenyataan terbaru YB Husam , beliau menyatakan ;-
Maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!
Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Barangkali mengikut kira – kira YB ahmad Maslan , iaitu Menteri yang jaga Felda , tempoh lima [5] tahun bermula 2005 – 2009 tidak ada hasil , bilamana semua 400 ribu hektar tanaman kelapa sawit ditebang dan ditanam semuala. Harus dipercayai , iaitu untuk mencapai tahap matang selepas ditanam , kelapa sawit mengambil masa 3 – 5 tahun untuk mengeluarkan buah.
Untuk mencapai tahap BTS dan OEM yang optimum , ia memerlukan umur pokok kelapa sawit ialah 7 tahun dan ke atas , dan hanya selepas 2012 Felda baru dapat mengutip dan mendapat pendapatan , dan tidak seperti mana ‘claim’ YB Husam di atas.
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails