WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 29, 2010

DAP: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman


Jun 29, 10 1:07pm
DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.
Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.
"Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke.

Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.

“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.
Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.

"
Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen,” katanya.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.

"Kenyataan itu bertujuan menakutkan oeang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails