WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 29, 2010

Kerugian RM546 Juta: Bekas Pengerusi Pos Malaysia Jumpa PAC Esok


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd Tan Sri Adam Kadir dijadual memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) esok berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata jawatankuasa itu ingin tahu apakah sebenarnya yang didakwa oleh Adam mengenai kerugian yang dihadapi oleh Pos Malaysia.
Pada 2 Mei lepas, Adam menulis dalam akhbar Sunday Star bahawa Khazanah Nasional Berhad, selaku pemegang saham utama Pos Malaysia, tidak memberikan gambaran sebenar tentang kerugian syarikat itu.
Mengenai isu Sime Darby pula, Azmi berkata pihak pengurusan syarikat itu meminta PAC untuk menangguhkan dahulu sesi penjelasan ke Ogos ini.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails