Kenyataan ini langsung tidak menunjukkan kematangannya sebagai pimpinan muda malah terlalu takut berdepan dengan mana-mana pihak untuk berhujah serta mengemukakan bukti jika mereka merasakan bahawa mereka berada di tempat yang benar. Maslin yang hanya berani menggunakan ruangan media semata-mata tidak langsung membuktikan beliau seorang yang berani berdepan dengan musuh politiknya sama sekali. Malah kenyataan-kenyataan nya di dalam akhbar media bercetak, media elektronik dan juga media massa yang hanya menunjukkan keberanian kepimpinannya dan bukan secara berdepan.
Ini ditambah dengan ketidakmampuannya menjadi ketua yang boleh di lihat beberapa Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian. Seperti di Bahagian Bagan Datoh tempohari yang dirasmikan oleh Khairy Jamaludin yang mana beliau tidak hadir bersama. Berlaku juga di Bahagian Taiping pada 26 Jun baru-baru ini yang hanya dirasmikan oleh orang luar dari Umno iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia. Perkara di atas terbukti bahawa kepimpinan Maslin bersama Ketuanya iaitu Khairy tidak berwibawa. Dengan ini, DPPN Pk sekali lagi mencabar Maslin untuk berdebat secara terbuka dalam apa isu terutama isu berkaitan kekecohan sidang DUN dan isu boneka yang diutarakan Maslin.

Oleh yang demikian, rakyat akan dapat membuat penilaian dengan adil antara kebenaran dan kebatilan. Kebatilan akan menyebelahi mereka yang hanya berani bercakap dari jauh tanpa bukti tetapi tidak berani berdepan untuk berhujah dengan mengemukakan bukti. Ketidak matangan dan ketidak mempuan Pemuda Umno Perak ini bukti bahawa Umno Perak sudah tidak mampu membela rakyat seluruh bangsa yang ada.
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment