WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 29, 2010

KDN putus status permit Suara Keadilan esok

Kementerian Dalam Negeri akan bermesyuarat esok untuk menentukan status pembaharuan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan, kata ketua pengarang akhbar itu Dzulkarnain Taib.

Sehubungan itu, beliau juga perlu menjawab kesemua tiga surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan oleh kementerian itu sebelum ini.

"Surat itu mungkin dialamatkan kepada ibu pejabat parti, saya perlu cari surat itu terlebih dahulu dalam fail," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, beliau tidak pernah melihat surat berkenaan, yang mungkin dialamatkan ke ibu pejabat PKR.

Dzulkarnain berkata, akhbar itu juga diberikan tempoh selama tujuh hari untuk satu lagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan dalam pertemuan beliau dengan KDN semalam.

Menurutnya, ia menuntut penjelasan berhubung satu laporan dalam edisi terbaru akhbar tersebut, yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

"Ketua setiausaha kementerian lebih suka jika kami jawab sebelum 30 Jun, sebab esok mereka akan bermesyuarat tentang permit Suara Keadilan," katanya.

Menurutnya, surat tunjuk sebab terbaru itu dikemukakan kerana KDN "bengang" dengan tindakannya tidak menghadiri satu pertemuan yang diatur Jumaat lalu.

"Majlis minum petang itu sepatutnya menjadi tindakan peringkat pertama ke atas (Suara Keadilan).

"Mereka hendak berbincang secara lemah lembut dalam majlis itu. Tapi disebabkan saya tidak hadir pada hari Jumaat, mereka terus ambil tindakan peringkat ketujuh iaitu dengan memberi surat tunjuk sebab," katanya.

Dzulkarnain mendakwa, KDN juga bertindak demikian kerana spekulasi berhubung kes yang dihadapi Suara Keadilan itu telahpun dilaporkan dalam media.

Sementara itu menurut Bernama, dua surat tunjuk sebab pada Januari dan April itu, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.

Satu lagi surat pada Februari adalah berkaitan tiga laporan akhbar tersebut, bertajuk "Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas", "BN Bolot Jualan Saham Pernas" serta "Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan."

Pertemuan selama dua jam itu dihadiri ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam, timbalannya Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz serta Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad.

"Mereka hanya benarkan saya seorang dalam pertemuan itu," katanya sambil menambah dua peguam yang datang bersamanya, tidak dibenarkan masuk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails