WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 8, 2010

Azizan - Kalau ada orang Melayu boleh melakukannya kenapa mesti diberi kepada bukan Melayu?




Petronas mesti yakini Melayu

SAYA tertarik hati dengan komentar Awang Selamat mengenai Petronas dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan, 6 Jun 2010, yang merujuk kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar.
Kata Awang Selamat, kita harus berlaku adil kepada Shamsul. Ada perkara yang beliau tahu, yang kita semua mungkin tidak tahu. Tetapi beliau harus tahu bahawa bukan semua beliau tahu kerana kita tahu apa yang berlaku dalam Petronas yang beliau tidak tahu.
Kita ambil contoh apa yang berlaku dalam gedung perniagaan terhebat Petronas iaitu Suria KLCC. Sudah banyak kali disuarakan mengenai nasib peniaga Melayu di situ. Mereka berdepan dengan pelbagai tekanan dan akhirnya terpaksa angkat kaki.
Pengurusan Suria KLCC yang hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu dan orang asing ini bagaikan mempunyai agenda tersembunyi kerana setiap kali peniaga Melayu keluar diganti dengan bukan Melayu.
Maka akhirnya Suria KLCC akan dikuasai sepenuhnya peniaga bukan Melayu. Sedangkan ahli lembaga pengarahnya semua Melayu. Kononnya pengurusan pandai membuat untung. Macam mana tak buat untung kalau kerjanya hanya menaikkan sewa.
Kalau membuat untung hanya dengan kekerapan menaikkan sewa Suria KLCC tak perlu mengambil orang asing menjadi ketua pegawai eksekutif. Budak lulus SPM pun boleh kerana senjata mereka ialah kontrak yang berat sebelah.
Dengan angkuh pengurusan Suria KLCC akan berkata, kalau hendak berniaga ikut kata mereka dan kalau tak mahu ada beratus orang lagi hendak berniaga di Suria KLCC. Ada yang angkuh berkata, kedudukan mereka di situ bukan kerana politik.
Mereka ini lupa jika tidak kerana perjuangan politik yang mantap, KLCC pun tak ada.
Shamsul akan melakukan kesilapan besar jika beliau tidak percaya dengan kebolehan dan kemampuan bangsanya sendiri. Beliau jangan lupa bahawa kedudukan beliau di Petronas adalah kerana kekuatan politik Melayu. Tegasnya, kalau tanpa kekuatan politik Melayu, beliau tidak ada di situ sekarang.
Kerana itu, belau mesti memberi perhatian kepada apa yang dibangkitkan oleh NGO terhadap pelantikan jawatan kanan dan strategik yang diberi kepada bukan Melayu. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Petronas.
Selama ini Petronas terkenal di dunia kerana kebolehan anak-anak Melayu mengurusnya. Jangan perlekeh kemampuan bangsa sendiri. Tengoklah pengurusan Suria KLCC yang hampir nasi menjadi bubur.
Ada baiknya Shamsul mengambil iktibar daripada Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin ketika mengepalai Petronas dulu. Jiwa Melayunya selalu berkata: Melayu boleh! Kalau ada orang Melayu boleh melakukannya kenapa mesti diberi kepada bukan Melayu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails