WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Sunday, June 6, 2010

GEMPAR! KHAIRY DAN PENGIKUTNYA ADALAH PENGKHIANAT NEGARA!


Apa korang sudah lupakah segala kemungkaan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh si kitol ini?

Balaci-balaci Khairy Jamaluddin resah sekali semenjak pengumuman rombakan kabinet oleh Datuk Seri Najib.

Keresahan mereka tak terbendung sehinggakan ada yang sanggup memberi amaran kepada Presiden UMNO kerana ‘melupakan’ Khairy dalam pemilihan Kabinet Malaysia.

Berbagai alasan diberikan kononnya, Pemuda akan kehilangan taring sekiranya tidak berjawatan.

Ada juga yang berkata bahawa tanpa jawatan di dalam Kabinet, Pemuda akan menghadapi kesukaran untuk menarik golongan muda kepada UMNO.

Nampaknya, Pemuda-pemuda di bawah kepimpinan anak muda ‘Oxford’ begitu benak sekali dan masih menyangka orang lain tidak tahu bahawa alasan sebenar mereka adalah kerana ‘habuan’ semata-mata.

Bagai tiada maruah mereka terus berpura-pura tidak tahu bahawa merekalah punca rakyat memandang serong kepada UMNO.

Melihat ‘kebenakan’ mereka, kita kadang kala musykil samada Ketua mereka benar-benar seorang graduan Oxford.

Seorang yang benar-benar bijak, pasti akan mendatangkan untung dan kebaikan dalam apa jua yang dikendalikannya.

Sedangkan apa yang terjadi apabila graduan Oxford ini masuk campur dalam Khazanah Negara, Pantai Holding, Pos Malaysia, MV Agusta dan lain-lain tidak langsung mencerminkan kebijaksanaan. Segalanya rugi dan hancur di dalam tangannya.

Kenapa ini semua berlaku? Jawapan pilihan hanya dua, iaitu samada dia sebenarnya tidak bijak, ATAU dia sengaja khianat pada negara.

Terdapat ramai anak muda yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri. Untuk berjaya dalam cita-cita ini juga ada berbagai cara.

Ada yang bertungkus lumus berjuang dengan ikhlas dari bawah.

Ada yang terlantik kerana senioriti. Ada yang jalannya terbentang luas kerana hubungan kekeluargaan dengan orang-orang politik.

Dan ada yang menggunakan tipu muslihat, rasuah, memijak dan menikam sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Anwar Ibrahim adalah salah seorang yang menggunakan cara yang akhir ini.

Anwar Ibrahim hanyalah seorang pelajar sastera ketika mula-mula berjinak dengan politik.

Beliau juga hanya lulus cukup makan dari Universiti Malaya. Tetapi, sekurang-kurangnya beliau lebih bijak memilih karektor dan mengatur strategi untuk memperdayakan semua orang sehingga sampai ke tahap No. 2 dalam negara.

Beliau berjaya memikat hati ramai anak muda dan pemimpin atasan sehingga tidak dapat menghidu niat jahat serta watak sebenar beliau selama beliau berusaha untuk mencapai cita-citanya.

Tetapi, lain halnya dengan Ketua Pemuda graduan Oxford yang kononnya amat bijak ini.

Selain dari bijak bertutur bahasa Inggeris, nampaknya seperti tidak ada kelebihan langsung dari segi lain. Tanpa wang dan kuasa bapa mertua, anak muda ini sebenarnya tidak ada apa-apa.

Kini, hanya wanglah yang menyebabkan masih ada penyokong yang sanggup mencabar Perdana Menteri bagi pihaknya.

Sejak dari mula melangkah ke dalam politik, atau sebenarnya sejak baru sahaja ingin melangkah dalam politik, beberapa pihak sudah dapat menghidu niat busuknya.

Namun, kesombongan anak muda ini menyebabkan dia gagal melihat bahawa bau badannya sudah dapat dihidu seluruh negara.

Dia meneruskan strategi publisiti murah untuk menonjolkan diri dan menyangka seluruh negara benar-benar termakan dengan strateginya.

Keangkuhan telah meletakkan dirinya setaraf dengan budak-budak yang mencari publisiti murah melalui Akademi Fantasia.

Dia tidak dapat melihat bahawa rakyat mampu membaca tujuan dan muslihat dari setiap gerak langkahnya.

Sehingga kini pun, dia masih menyangkakan yang rakyat, terutamanya Melayu adalah bodoh, hina dan boleh dibeli belaka, sepertimana penyokong-penyokongnya yang beberapa kerat itu juga.

Ada yang menceritakan bahawa ketika orang-orangnya memenuhi Tingkat 4, mereka menukar tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri menjadi seolah-olah kedai runcit Cina dan berbual dengan kuat serta masak dan makan minum di dalamnya tanpa menghormati Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain yang keluar masuk ketika itu.

Segala protokol dan adab sopan langsung dibakulsampahkan.

Inikah yang dipanggil kebijaksanaan ala Oxford? Orang beginikah yang Pemuda ingin jadikan Menteri Kabinet?

Jika belum benar-benar berkuasa sudah hampir membangkrapkan negara, apa akan terjadi jika diberi kuasa sepenuhnya? Jika tidak ada satu kejayaan pun yang dibawanya kepada UMNO, apakah alasan untuk menyokongnya sehingga sanggup mencabar Perdana Menteri?

Datuk Seri Najib tidak harus tertekan dengan permintaan budak-budak benak lagi tamak ini. Tetapkan pendirian, kukuhkan keyakinan dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah, ‘kepercayaan’ itu mampu mengalih gunung.

Kedudukan UMNO, kesejahteraan negara dan kepercayaan rakyat kepada Datuk Seri Najib adalah lebih penting dari apa sahaja sekarang ini.

Jangan sekali-kali diperjudikan semua itu hanya kerana habuan untuk anak-anak muda perosak agama, parti, bangsa dan negara

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails