WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Rentetan Perjalanan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke- 51



Rentetan perjalan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-50 (terkini)
Sila refresh, maklumat terkini perjalanan muktamar akan dipaparkan dari masa ke semasa

12.40 tengah malam : Persidangan muktamar tahunan berlabh dengan bacaan Doa Wehdah dipimpin, Pengerusi Lajnah Dakwah dan pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS, Ustaz Ridhuan Mat Nor.

12.30 tengah malam : Setelah hampir 16 jam bermula semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat akhirnya selesai dengan kesemua 4 usul diterima semua perwakilan.

11.56 malam : Ucapan penutup dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.

Perwakilan yang semakin letih dan layu di segarkan dengan aktiviti penyegaran oleh pengerusi Majlis, Ustaz Misbah.

11.52 malam : Pengerusi Majlis membacakan 10 penama yang akan mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat ke Muktamar Penuh PAS yang akan mula berlangsung esok.

11.38 malam : Ucapan penangguhan dari Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof.

10.37 malam : Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu membentangkan usul bantah penyerahan blok L dan blok M kepada kerajaan Brunei.

10.30 malam : Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi membentangkan usul berkenaan membantah penyerahan Tanah KTM Tanjung Pagar kepada Kerajaan Singapura.

9.59 malam : Perbahasan usul-usul mula dibahaskan.

9.42 malam : Majlis mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa HAMAS, Dr. Munir Said dan isteri

9.38 malam : Majlis mengalu-alukan kedatangan Sheikh Hassan Ahmadin tetamu antarabangsa Hizbullah.

8.49 malam : Perbahasan usul berakhir dengan perwakilan dari Sabah, Mohd zaidi Mustafa.

9.00 malam : Perwakilan dari Pulau Pinang menyambung semulakan perbahasan bagi sesi malam ini diikuti perwakilan Wilayah Persekutuan.

8.40 malam : Cenderahati kepada Hj. Jamuliddin disampaikan Ketua Dewan, Ustaz Nasudin Tantawi.

8.20 malam : Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia, Hj Jamuliddin Elias menceritakan pengalaman beliau ditahan tentera zalim zionis ketika dalam misi Lifeline4Gaza.

8.00 malam : Perwakilan mula mengambil tempat masing-masing untuk meneruskan agenda muktamar yang ditunda petang tadi.

Dalam masa yang sama di dewan sebelah berlangsungkan majlis makan malam pimpinan Dewan PAS Pusat bersama para media.

6.00 petang : Persidangan muktamar rehat untuk memberi keutamaan solat maghrib disusuluri makan malamuntuk semua perwakilan.

5.30 petang : Sufian Ibrahim, Negeri sembilan menyatakan Pemuda Kawasan harus bersedia dilatih utk melaksanakan arahan Pemuda Pusat.

YB Salahuddin Ayub, bekas ketua Pemuda PAS Pusat dilihat melangkah masuk ke dalam dewan muktamar dan disambut oleh beberapa perwakilan.

5.10 petang : Ustaz Musa perwakilan kawasan Tangga Batu, Melaka  usul - memperkasakan Unit AMAL MALAYSIA kerana Unit Amal semakin dikenali sebagai tentera merah PAS.

4.54 petang -  Perwakilan dari Petrajaya, Sarawak, Azman Fawaz -  BN masih belum memasuki Bumi Kenyalang, oleh sebab itu, Pemuda PAS Sarawak ingin mengembangkan sayap PAS di sana dengan lebih cergas maka bantuan dan sokongan diperlukan daripada semua pihak.

4.54 petang :  Perwakilan kawasan Petrajaya, Sarawak, Azman Fawaz -  BN masih belum memasuki Bumi Kenyalang, oleh sebab itu,  Pemuda PAS Sarawak ingin mengembangkan sayap PAS di sana dengan  lebih cergas maka bantuan dan sokongan diperlukan daripada  semua pihak.

4.39 petang : Perwakilan negeri Perlis, Mohd Iqbal Syarif - melihat program "Jom Sertai PAS" dan "PAS Bersama Orang Muda" sebagai hangat-hangat tahi ayam sedangkan ianya menarik perhatian orang muda untuk menyertai PAS kerana tiada usaha yang berterusan dilakukan oleh PAS Pusat.

3.50 petang : Perwakilan negeri Kelantan memulakan perbahasan. Sesi seterusnya perbahasan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS dimulakan pada 3.50 petang.

3.45 petang : Perwakilan Jerai mencadangkan menerima laporan tahunan kewangan dengan pindaan, disokong Perwakilan Paya besar dan diterima seluruh dewan.

3.30 petang : Kelihatan Hu Pang Chow dari Dewan Himpunan Penyokong Pas turut  bersama-sama mengikuti perjalanan perbahasan DPPP.

3.2o petang : Sesi menjawab dan menerima laporan disambung. Pengerusi tetap  telah digantikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Aris Awang.

3.15 petang : Sidang muktamar kembali bersidang setelah berehat untuk makan tengahari serta solat Zohor. 

12.10 tengahari : Beberapa komentar dari perwakilan terhadap beberapa pertambahan objektif lajnah dinyatakan.

11.59 pagi : Dewan kembali bersidang dengan agenda pembentangan Laporan Tahunan & Penyata kewangan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhd Adram Musa.

11.55 pagi : Majlis mengalu-alukan kehadiran bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Mohd Asri Zainal Abidin.

10.51 pagi : Ucapan Tema muktamar kali ke-51 oleh ketua pemuda tamat.

10.20 pagi : penyampaian anugerahan Pengurusan Pasti terbaik, Ketua pemuda Pas Pusat diiringi Pengarah Pasti menyampaikan  anugeraH pengurusan PASTI terbaik.

9.20 pagi : Pelancaran buku-buku KOPASTI - Buku Islam Adalah Penyelamat (ustaz Nasruddin at Tantawi), Buku Cinta di langit Gaza (Ustaz Riduan Mohd Nor), Buku Memoir Tragedi Memali dan Sepahit Sadam (Ustaz Nik Mohd Abduh), dan Buku Tokoh Gerakan Islam (Ustaz Zainudin Hashim & Ridhuan Mohamad Nor)

9.15 pagi : Antara tetamu dari luar negara yang turut hadir persidangan muktamar pagi ini ialah perwakilan dari negara Maldives dan juga dari Hamas Palestin.

9.19 pagi : ucapan dasar oleh ketua dewan pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi bermula

9.10 pagi : Ucapan mengalu-alukan kedatangan para perwakilan dari setiap negeri sambil mengucapkan terima kasih kepada yang menepati masa.

Pengerusi turut  menegur perwakilan dan pimpinan yang hadir tidak menepati jadual yang telah ditetapkan sambil berjenaka mahu melanjutkan sidang dewan sehingga dua hari lamanya sekiranya masalah kelewatan kehadiran ini berterusan.

9.08 pagi : Ucaptama alu-aluan oleh Pengerusi Panitia Muktamar, Kamaruzzaman Mohamad.

9.00 pagi : Majlis kini telah dimulakan majlis dengan Ummul Quran, Al-fatihah.

Sedikit pengisian turut diberikan diikuti doa  Rabitah, mengingatkan perwakilan akan keterikatan ukhuwah antara para pejuang yang mesti disemat di dalam hati.

8.50 pagi : Pengerusi tetap mengumumkan untuk memulakan majlis, sambil mengingatkan perwakilan bersegera mengambil tempat mengikut kawasan masing-masing.

Pengerusi juga mengingatkan tentang syarat dan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan Ahli Pas bahawa siapa yang diberi kelayakan menjadi perwakilan dan pemerhati.

8.45 pagi : Ketua Pemuda PAS Pusat bersama saf pimpinan Dewan Pemuda mula mengambil tempat masing-masing.

Kira-kira 648 perwakilan dijadualkan hadir daripada sejumlah 678 kawasan kesemuanya telah memenuhi dewan. Setiap perwakilan dibekalkan bahan ucaptama Ketua Pemuda dan buku program.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-51 berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu bertemakan 'Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan akan berakhir jam 11.00 malam nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails