WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Pemuda Johor gesa Pemuda sebagai 'Pendesak Kerajaan'

KOTA BHARU, 10 Jun - Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group adalah merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.

Malah pihak Umno/BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.

Perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu dalam perbahasan ucapan Ketua Pemuda itu mendesak agar satu himpunan secara besar-besaran diadakan sebagai tanda membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Mohd Alias juga berkata Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.

Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, katanya sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyal L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.

Isu penyerahan tanah milik KTMB kepada Singapura turut menarik perhatian perwakilan pemuda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails