WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Kenyataan Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)

Kenyataan Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)
Posted on Thursday, June 10 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Kenyataan MediaOleh: ziarahyaman

"Assalamualaikum w.b.t
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) memandang serius terhadap kenyataan yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar berkenaan dengan isu penangkapan 2 orang pelajar Malaysia di Yaman. Oleh yang demikian pihak kami ingin menegaskan bahawa :-

01. Pihak kami menafikan dengan sekeras-kerasnya penglibatan para pelajar Malaysia di Yaman dengan rangkaian Al-Qaeda atau pun mana-mana pertubuhan pengganas.

02. Secara jelasnya tujuan mereka datang ke bumi Yaman adalah untuk mempelajari bahasa arab, dan ditangkap atas dasar tiada permit untuk keluar dari Sana’a bukannya seperti khabar angin yang di gembar gemburkan oleh mana-mana pihak.

03. Mereka yang terlibat tidak berdaftar dengan pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman dan pihak kami tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap mengenai mereka.

04. Maklumat lengkap berkenaan kes ini belum sempurna, oleh yang demikian pihak kami mengharapkan agar tidak ada spekulasi rambang tanpa merujuk dahulu kepada pihak Kedutaan Malaysia di Yaman dan pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).

Sekian, terima kasih.


Yang berusaha,
Megat Firdaus bin Megat Basri
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
Sesi 2010 / 2011


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails