WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Perkasakan dakwah pada Non Muslim di Semenanjung Malaysia



KOTA BHARU, 10 Jun - Gerakan penyebaran dakwah perlu diperkasakan di Sarawak dalam memberi penjelasan kebaikan Islam dan perjuangan PAS kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai etnik.

Perwakilan dari Sarawak, Azman Pawas Rahmat yang mencuit hati perwakilan lain dengan membahaskan dalah loghat Kedah berkata PAs mempunyai peluang yang baik jika dibandingkan dengan umno yang sehingga kini masih belum mampu memasuki Sarawak.


" Saya bimbang, kini BN telah menyebarkan satu isu perkauman yang jahat iaitu denganmemberitahu rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak, Ketua Menterinyasudah tentu dari bukan Islam," ujar beliau.


Azman juga berkata melalui dakwah kepada masyarakat Sarawak akan dapat mempercepatkan penerimaan mereka terhadap PAS.


"Saya menyeru agar pimpinan PAS dari Semenanjung dapat kerap datang ke Sarawak bagi mendampingi golongan ini kerana ia dapat meraih sokongan penduduk terutamanya penghuni rumah panjang"kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails