WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Sunday, June 6, 2010

Walaupon kena "TEMBAK' Mahfuz tetap cool jee...

Walaupon kena "TEMBAK' Mahfuz tetap cool jee...


'Terima kasih kerana bantu saya' 
LANGGAR - Tenang. Begitulah reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar apabila diajukan soalan berkaitan demonstrasi aman oleh 100 penduduk Jabi di hadapan Tapak Pelupusan Sampah Jabi, kelmarin yang menuntut perhatian daripada pihak bertanggungjawab termasuk dirinya agar masalah bau dan ancaman lalat diatasi segera.

Di dalam ketenangan itu, beliau menyatakan terima kasih kepada penduduk yang menyertai demonstrasi berkenaan malah menyifatkan telah membantu usaha beliau yang selama ini terus ‘menekan’ pihak bertanggungjawab terutamanya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat perkara itu secara lebih serius.

Menurutnya, beliau juga difahamkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat juga turut berada di situ dan berkata tidak mahu mengecam sesiapapun tetapi lebih suka melihat kepada arah yang positif.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Haris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada kerana turut hadir di tapak pelupusan sampah semalam dan demonstrasi itu secara tidak langsung membantu saya untuk terus menekan pihak yang bertanggungjawab agar melihat permasalahan ini secara serius.

“Apa yang dilakukan oleh saya sebelum ini seolah-olah diikuti oleh penduduk yang sudah tidak berpuas hati dengan penyelenggaraan tapak sampah sehingga mendatangkan kesan yang negatif di kawasan itu,” katanya di dalam satu sidang media di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, kelmarin.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kesabaran penduduk kampung di sekitar Tapak Pelupusan Sampah Jabi meletus apabila kira-kira lebih 100 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan tapak pelupusan berkenaan kira-kira sejam sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang menuntut pihak bertanggungjawab mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah bau dan ancaman lalat.

Di sebalik bantahan aman itu juga terselit satu kain rentang yang turut menuntut janji Ali Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini berjanji akan mengambil langkah bagi mengatasi masalah berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas.

Mahfuz berkata, usaha beliau bagi mengatasi perkara itu masih berterusan sehingga ke hari dan terbaru, beliau membangkitkan masalah itu di dalam Mesyuarat Majlis Daerah Pokok Sena pada minggu lepas agar MBAS mengambil tindakan segera mengatasi masalah sampah terbabit, namun wakil dari majlis berkenaan tidak hadir.

“Orang kata, saya hanya pandai membawa sampah ke MBAS semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, tetapi saya nak ingatkan bahawa perkara yang sama juga turut saya lakukan semasa Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pentadbiran negeri ini dahulu,” katanya.

Ditanya apa langkah dan pendekatan yang akan diambil, Mahfuz menjelaskan bahawa MBAS perlu menyegerakan hal itu dengan menambah jentolak bagi menguruskan pelupusan sampah dan beliau juga telah memaklumkan kepada semua Ahli Majlis MBAS agar menumpukan dan menyelesaikan masalah itu dengan kadar segera
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails