WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Statistik gejala sosial resahkan perwakilan



PANTAI CAHAYA BULAN, 10 Jun - Pihak penguasa seperti Jabatan Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan agar memandang serius isu gejala sosial seperti kadar kelahiran bayi  luar nikah  di Malaysia yang semakin parah dan berleluasa.


Usul ke empat berkenaan penguatkuasa wanita yang dijelaskan panjang lebar pembentangnya, Puan Rosnani Jusoh meresahkan semua perwakilan.


Jelasnya, sebagaimana perangkaan  rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran  bayi didaftarkan  tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah).


"Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan  pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran  berlaku pada setiap  17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh  4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah berketurunan melayu beragama Islam," katanya.


Fakta yang dibentangnya itu tadi membawa kepada cadangan usul agar Jabatan Agama Islam Johor memperbanyakkan pengambilan pegawai penguatkuasa pencegah maksiat dari kalangan sukarelawan yang terdiri dari lelaki dan wanita warganegara Malaysia berusia 30 tahun ke atas bagi menampung kekurangan pegawai yang sedia ada.


Usul yang turut disarankan kepada negeri-negeri yang dikuasai di bawah Pakatan Rakyat ini turut menarik perhatian YB Dr. Halimah Ali, AJK DMPP.


Beliau menjelaskan, walaupun Pakatan Rakyat di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menangani, mencegah dan membentaras gejala sosial melalui pelbagai program dan peraturan.


Beliau yang juga merupakan Exco Pendidikan Negeri Selangor berkata, realitinya, muslimat perlu berpijak di bumi yang nyata untuk membuat sebarang tindakan berhubung cadangan tersebut.


"Melalui pendekatan yang holistik di mana PAS perlu melaksanakan perkara yang termampu dibuat dalam lingkuangannya sendiri," tambahnya.


Usul ini akhirnya diterima dengan pindaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails