WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

PKR Dan DAP Adalah Mad’u PAS – Nik Aziz

PKR Dan DAP Adalah Mad’u PAS – Nik Aziz
Posted on Thursday, June 10 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh: admin_ann

"logomuktamarKOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR dan DAP adalah mad’u (orang-orang yang perlu di da’wah) bagi PAS. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian serentak Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

"Secara politiknya kita berpakat, namun pakatan itu hendaklah bersama tugas dakwah.... sekarang rakan kita adalah mad’u  kita”, ujar beliau.
"Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagibersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat," katanya.
"Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita.
"Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur keroasakan yang ada di dalam kerajaan Umno pada hari ini.
"Memang begitu ajaran Islam, itulah kelebihan kita bergerak di atas landasan Islam," katanya.
Nik Abdul Aziz juga mengingatkan agar PAS memberi fokus kepada pengundi Melayu dalam usaha untuk meraih sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.
"Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional (BN) ialah pengundi Melayu.
"PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas di dalam meraih sokongan pengundi Melayu.
"Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin Umno itubukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka," katanya.
Menurut beliau lagi, PAS perlu mendapatkan sokongan padu sama ada di kalangan pengundi Melayu Islam mahupun bukan Islam bagi memastikan parti itu bergerak sebagai peneraju politik negara.
"Bertolak daripada gagasan menghadapi pilihan raya umum ke-13, ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu ataupun bukan Muslim," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails