WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Sunday, June 6, 2010

NGO Lebih Berani Daripada Sebuah Kerajaan.







"Negara-negara umat  Islam tidak perlu berpura-pura mengutuk serangan Israel terhadap fortila misi bantuan ke manusiaan kepada rakyat Palesta yang dikepung di Gaza. Parti politik dan para pemimpin yang berkuasa tidak perlu bercakap berdegar-degar sambil mempamerkan kemarahan kepada kekejaman Israel. 

Mereka sepatutnya malu kepada diri sendiri dan rakyat jelata. Kejadian malang yang menimpa aktivis hak asasi manusia tidak mungkin berlaku sekiranya misi Life Line For Gaza (LL4G) tidak wujud. Terbentuknya misi itu adalah disebabkan oleh kebaculan dan kemandulan negara dan pemimpin umat Islam. Sekiranya negara dan pemimpin umat Islam awal-awal lagi memainkan peranan diplomatik dan politik untuk menamatkan kepungan Israel terhadap Gaza, sudah tentu penduduk Gaza tidak menderita dan LL4G tidak perlu diwujudkan

Mesir jelas bersekongkoldengan Israel. OIC  tidak berperanan langsung. Malaysia adalah anggota OIC yang diuar-uarkan sebagai negara yang sangat dihormati suaranya dalam pertubuhan ini. Mengapa pemimpin negara tidak menggunakan peluang ini untuk bertindak proaktif sejak peringkat awal lagi kepungan Israel terhadap Gaza? Tetapi ini tidak berlaku kerana memang sifat puak sekularis yang memisahkan persaudaraan Islam dengan sempadan geografi. Mereka dayus apabila berhadapan dengan musuh Islam sebaliknya mereka  gagah macam Raja Bersiong apabila berhadapan dengan rakyat sendiri.
Amat memalukan apabila nasib ummah diabaikan oleh saudara seagama yang berkuasa. Orang yang tidak kena-mengena dengan kita pula bersabung nyawa  datang membela. Benar penduduk Gaza terdiri daripada pelbagai agama namun majoritinya tetap muslim. Sebut Palestin ingat Islam. Maka kita seolah-olah ditempelak oleh orang lain apabila wakil NGO bukan Islam mengambil alih peranan yang patut dimainkan oleh pemimpin negara umat Islam. Najib Razak patut malu kepada Jamuliddin  Elias yang memimpin Amal Malaysia. Jamuliddin Elias yang tiada kuasa mampu sampai ke garis hadapan antara musuh dan kemanusiaan sedangkan Najib  berdengkur lena kesejukan dalam nyaman pendingin hawa di Putrajaya. Maaf Najib. Dato’ Seri bukan keseorangan dalam kem pemimpin yang malang. Banyak lagi rakan-rakan Dato’ Seri yang setaraf lena dalam kemabukan kuasa dan kekayaan material.
Konklusinya, pemimpin negara umat Islam usahlah berpura-pura kepada rakyat dan ummah.  Kalau sudah bersaudara dengan APCO sehingga boleh masuk ke dalam bilik tidur  kalian, usahlah buat-buat marah kepada bangsa APCO yang tabiatnya memang suka mencincang umat  Islam. Tidurlah sebantal dengannya. Walaupun mimpi lain-lain sekurang-kurangnya kalian dapat menghidu bau peluh tubuh antara satu sama lain. Dalam isu ini rakyat perlu celik mata. Kenalilah yang mana kaca yang mana permata. Ambillah padi buang antahnya. Sampai bila mata kita terus rabun dan buta?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails