WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 8, 2010

RM18juta duit turun di Kedah... nganga lagi..ngap laa..!!



RM18 juta gerakkan aktiviti KRT 
KODIANG - Pada tahun ini sebanyak RM20.5 juta disalurkan kepada program pembangunan dan perpaduan kaum ke arah mewujudkan integriti sekali gus merancakkan lagi aktiviti masyarakat berbilang bangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM18 juta akan diagihkan kepada semua kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara.

Menurutnya, peruntukan sebelum ini iaitu sebanyak RM2,400 setiap tahun kepada KRT tidak mencukupi untuk menggerakkan program kepada semua peringkat masyarakat di setiap kawasan.

“Peruntukan itu dapat membantu menggerakkan lagi program masyarakat di peringkat akar umbi. Dengan ada peruntukan lebih dapat menyemarakkan lagi aktiviti komuniti ke arah penglibatan pelbagai kaum dan keharmonian masyarakat.

“Aspek penting yang diberikan penekanan adalah untuk meningkatkan perpaduan bagi semua kaum di seluruh negara,” katanya pada sidang media pada Program Semarak Keharmonian Kaum, di sini.

Hadir sama, Ketua UMNO Jerlun, Datuk Abu Hassan Sharif.

Azman berkata, penekanan kepada program masyarakat adalah menjadi fokus kepada penglibatan pelbagai peringkat umur kerana dari situ dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat pentingnya perpaduan dalam pembentukan kestabilan negara hasil keharmonian antara satu sama lain.

Azman berkata, apabila disalurkan kepada setiap KRT, peruntukkan tersebut turut diberikan penekanan kepada aspek keselamatan komuniti di suatu kawasan yang merangkumi program Skim Rondaan Sukarela (SRS) membanteras jenayah.

“Daripada analisa yang dijalankan setiap tahun, hubungan perpaduan dan integriti kaum semakin meningkat melalui gerak kerja di semua peringkat melalui program dan pengisian yang dijalankan.

“Perkara itu juga menjadi cabaran kepada JPNIN untuk mempertingkatkan lagi aktiviti bagi melibatkan penyertaan pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu, penyertaan golongan muda dalam menggerakkan aktiviti komuniti diperlukan bagi mewujudkan daya kepimpinan dan kesedaran tentang tanggungjawab.

Azman berkata, penekanan aspek keselamatan menunjukkan petanda positif apabila kes jenayah di suatu penempatan dapat dikurangkan apabila adanya kesepakatan penduduk untuk saling memastikan ketenteraman di kawasan tempat tinggal.

“Agensi kerajaan lain yang turut berperanan dapat menyumbangkan kepada gerak kerja dan aktiviti KRT berjalan lancar. Kesedaran ramai terhadap keselamatan dapat ditingkatkan manakala peranan ini turut dibantu oleh pihak polis,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails