WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 21, 2010

Bekas sarjan TUDM tuntut jaminan bertulis

Penunjuk perasaan dijadualkan berkumpul di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pagi esok bagi menuntut kerajaan menjamin keselamatan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran.

Kumpu

lan itu mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bertulis kepada Tharmendran, yang didakwa mencuri dua enjin jet pejuang - tidak diganggu oleh pegawai tentera.

Bapanya, N Nagarajah dan pasukan peguamnya yang diketuai oleh N Surendran dijangka menyerahkan nota tuntutan kepada Ahmad Zahid, dalam usaha mendapatkan jaminan itu.

Menurut Surendran beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Ahmad Zahid melalui faks ke pejabatnya, pagi ini.

“Sebaik mendapat jaminan bertulis, kita akan membebaskan Tharmendran dari penjara Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi.

Ahli politik pembangkang dan perwakilan NGO juga dijangka menyertai protes berkenaan.
Isnin lalu, Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.

Beliau memilih untuk kembali ke penjara Sungai Buloh kerana bimbang rakan-rakannya dari TUDM akan menahannya.

Berikutan pembatalan ikatjamin itu, Tharmendran kembali ke penjara - dua minggu selepas dibebaskan dengan ikatjamin RM50,000.

Tharmendran berdepan dengan tuduhan mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails