WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 21, 2010

Ni Orang Felda Boleh Tengok Jer...Dapat kat Felda lagi

Bantuan tanam semula getah dinaikkan tahun depan
20/07/2010 4:57pm
PUTRAJAYA 20 Julai - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah antara RM2,230 hingga RM4,000 bagi setiap hektar mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, di bawah pelarasan kadar itu, pekebun kecil di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan sebanyak RM9,230 bagi setiap hektar berbanding RM7,000 pada masa ini.
Pekebun kecil di Sarawak pula akan menerima RM13,500 manakala Sabah mendapat RM14,000 berbanding RM10,000 bagi setiap hektar di kedua-dua negeri itu pada masa ini, katanya.
"Ini merupakan beberapa galakan yang kita sediakan untuk memastikan pekebun kecil persendirian dan berkelompok ini akan dapat manfaat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara-cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil komoditi industri di sini, hari ini.
Mohd. Shafie berkata, bantuan itu adalah termasuk kos kerja-kerja pembangunan tanah, benih, baja, racun dan kos prasarana asas pertanian termasuk kos membina jalan dalam ladang, jambatan, pembentungan, parit dan input tanaman kontan yang berkaitan.
Katanya, Program Tanam Semula Getah itu akan dilaksanakan oleh RISDA bagi pekebun kecil persendirian dan berkelompok di Semenanjung dan pekebun kecil persendirian di Sabah dan Sarawak.
Mohd. Shafie berkata, Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak akan melaksanakan program itu bagi pekebun kecil berkelompok di kedua-dua negeri itu.
Katanya, kadar baru bantuan itu juga diguna pakai oleh agensi lain yang mengendalikan program itu termasuk Felcra. - Bernama
Ni jadi macam biasa, dapat cek pastu nak tunaikan, bank kata.. ops sorry Felda dah tolong ambikkan.. hehehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails