WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 23, 2010

Pertemuan Pimpinan UMNO dan PAS 1 Ogos 2010

"Mungkin pemimpin UMNO dan pemimpin PAS boleh gerakkan ahli mereka untuk menyertai program di bawah ini. Tak perlu bincang isu politik, cukup dengan solat subuh berjemaah, dengar kuliah , sarapan , lepas tu balik rumah sambung tidur kalau ngantuk. Utusan Malaysia pun boleh tolong promosi headline frontpage. Mesti melimpahnya Masjid WP 1 Ogos nanti.

 

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau )
Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh  
Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah”  oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi  
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir 
”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH” 
Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS.  
Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – Kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah.  
Hubungi 013-6714932
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails