WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 23, 2010

Bertahun-tahun Penjanaan Kuasa Murah Mengeringkan Simpanan Gas Malaysia



Terjemahan dari artikel bertajuk "Years of cheap power depleting Malaysia’s gas wells"  Sumber:  themalaysianinsider.com 

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Malaysia dijangkakan menjadi pengimport gas dalam tempoh lima tahun lagi, akibat dasar subsidi negara yang boros dimana Petronas telah mensubsidi pengeluar elektrik swasta (IPP) sejak tahun 1997 sebanyak RM116.4 bilion, sebuah laporan mengatakan hari ini.


Singapura Straits Times melaporkan bahawa lonjakan permintaan gas domestik yang murah - didorong oleh dasar subsidi gas yang "membebankan" - sebagai penyebab krisis permintaan gas yang menjulang yang akan mengubah Malaysia daripada pengeluar gas utama di Asia menjadi pengimport gas.
Dasar subsidi yang "membebankan" ini memberi manfaat terutamanya kepada sektor elektrik yang menggunakan "lebih daripada setengah bekalan gas Malaysia di bawah harga pasaran kerana dasar subsidi negara," laporan tersebut menambah.
"Menurut eksekutif industri dan data rasmi Petronas, sekitar 56 peratus daripada bekalan gas di Semenanjung Malaysia masuk ke sektor elektrik, dan dari jumlah tersebut, lebih daripada 55 peratus ini digunakan oleh pengeluar elektrik swasta, yang telah membeli gas di peringkat subsidi sejak tahun 1997, "katanya.
Laporan itu juga berkata diskaun pada kadar yang tetap juga diperpanjangkan kepada sektor industri mulai Oktober 2002 untuk memacu ekonomi negara.
Tahun lalu saja, Petronas mencatatkan bil subsidi gas sebanyak RM18.9 bilion. Hanya enam peratus daripada gas negara dijual kepada Singapura.
Penganalisis Industri sering mengatakan bahawa dasar subsidi tersebut mengarah kepada penggunaan "yang tidak cekap terhadap sumber yang semakin mengurang, [telah] menjadikan ekonomi Malaysia kurang kompetitif dan mengalihkan dana kepada yang bukan sepatutnya."
Kerajaan di jangka sedang mengkaji cara-cara untuk mengatasi krisis ini  "termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat dan penghapusan sekatan import."
"Pertimbangan juga di buat bagi menghapuskan monopoli Petronas terhadap pasaran dan membuka penggunaan rangkaian penghantaran gas nasional untuk pemain baru," tambah laporan itu.
Ketika kerajaan memotong subsidi pada gula, gas masak, petrol dan diesel minggu lalu - sebuah langkah yang katanya akan menjumatkan RM750 juta setahun - sebenarnya subsidi gas telah dibazirkan.
Sebaliknya Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mengkaji balik dasar subsidi gas kepada  IPP daripada membebankan rakyat.
Perkara utama perdebatan ialah apakah satu-satunya penyedia tenaga negara, Tenaga Nasional Berhad, dapat berunding kembali dengan IPP terhadap syarat dan terma didalam pembelian elektrik.
Semalam, Penjanabebas, Persatuan Pengeluar Elektrik Bebas (AIPP) mengeluarkan kenyataan membela anggotanya dari salah faham umum "bahawa subsidi gas memberikan sumbangan terhadap keuntungan keseluruhan IPP".
Mereka menyatakan bahawa penjimatan telah di salurkan terus kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails