WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 21, 2010

Exco S'gor: Lawat Paya Indah ikut pintu depan...

Kenyataan menteri Pelancongan bahawa Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands mungkin tidak akan dipromosikan lagi oleh kerajaan pusat sebagai produk pelancongan amat mengecewakan, kata Exco negeri Selangor, Elizabeth Wong (bawah, kiri).

Katanya, jumlah pelancong yang mengunjungi Paya Indah Wetlands meningkat daripada 9,700 orang pada bulan Oktober-Disember 2008, kepada 24,527 orang tahun lalu dan kini mencecah 11,800 sehingga Jun 2010.

“Ini menunjukkan purata bilangan pengunjung tidak menurun," kata beliau yang juga pengerusi jawatankuasa tetap pelancongan Selangor.

“Tetapi jika menteri kerap membuat kenyataan tidak tepat mengenai keadaan di Paya Indah Wetlands, bilangan pengunjung pasti akan menurun. 

"Ini mungkin menjejaskan keupayaan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan pulangan kos projek tersebut yang telah menelan peruntukan sebanyak RM88 juta,” tambahnya.

M
enteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen membuat kenyataan tersebut ekoran dakwaan aktiviti perlombongan pasir secara tidak terkawal yang berterusan berlaku di kawasan berhampiran.

“Menteri Pelancongan wajar memberi kenyataan berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya menuduh semata-matanya untuk memburukkan imej kerajaan Selangor berhubung dengan isu pasir,” kata Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjemput Dr Ng (
bawah, kiri) untuk membuat lawatan bersama ke Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands melalui pintu hadapan, seperti pengunjung lain.

"D
an bukan jalan belakang yang berhampiran dengan kawasan lombong pasir, seperti yang dilakukan oleh ketua pembangkang negeri Selangor," katanya.

Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands disiapkan pada 2001, tetapi terpaksa ditutup pada awal 2005 ekoran masalah pengurusan. Ia dibuka semula pada pertengahan 2008 di bawah pengurusan Jabatan Perhilitan.

Elizabeth juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan satu taklimat khas kepada NGO mengenai kaedah pengurusan alam sekitar (EMP) yang digunakan oleh kerajaan negeri serta mengumpul pandangan masyarakat sivil.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails