Umno semakin putus asa. Sejak kehilangan harapan untuk berpadu melalui agenda kerajaan perpaduan benar-benar memberikan konflik dan kebingungan yang maha tinggi.
Sejujurnya agenda bangsat itu tidak lain hanya untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat bukan Melayu khususnya Cina dan India kepada PAS. Namun lain pula yang berlaku, Dewan Penyokong PAS makin kencang dengan bertambahnya ahli-ahli baru. Fenomena ini benar-benar bikin Umno semakin gerun.
Harapkan lampu, lampunya padam ditiup angin. Kini, keperkasaan PAS semakin kuat. Maka dari itu Umno harus memberi jalan baru supaya kekuatan PAS itu dapat dimanfaatkan, demi kelangsungan survival dan politik Umno. Lalu usaha untuk ber'kolaborasi' mesti dituntut kepada PAS. Kolaborasi politik bersama Umno.
Oleh kerana PAS itu didokongi oleh ramainya yang tunduk patuh kepada dasar Islam, Mufti digunakan selayaknya untuk tujuan ini. Umno didasari dengan rasis dan fahaman sekular yang kuat. Sedang pula PAS itu adalah diasaskan dari faham Islam untuk semua. ISLAM FOR ALL. Disebabkan keterbukaan PAS itu, memimpin partinya bersama slogan ampuh, PAS FOR ALL yang menepati hasrat majmuk rakyat, menambah lagi rasa pedih lagi gundah UMNO apabila melihat persekitaran yang tidak diduga apabila bondongan puluhan ribu non-muslim mula menerima isme PAS FOR ALL.
Disebabkan kotak Umno itu sarat bersamanya rasis, maka sesungguhnya Umno langsung tidak mampu menerima kenyataan bahawa non-melayu menjadi ahli sayap kepada PAS. Lalu bagi melemahkan PAS, maka Umno segera melaungkan tuduhan bahawa PAS itu sebagai pengkhianat bangsa melayu, dan sesat.
Justeru itu, apabila PAS membidik balas untuk diadakan debat terbuka demi mencerahkan tuduhan bahawa PAS itu sesat, pengkhianat kepada bangsa Melayu, Umno menolak dengan rasa kecut. Mengapa? Kerana Umno tidak mungkin mampu untuk membuktikannya, biarpun di belakangnya tersusun rapi sokongan dari 40 ulamak muda yang sibuk menyusun muka-muka surat kitab agama buat hujahan Umno, untuk mengelak malu yang lebih besar, sahutan itu disahut dingin oleh bandit-bandit UMNO. Siapa yang tidak mengenali bandit, boleh melihatnya kepada Umno. Kerana di situ terhimpunnya ramai bandit-bandit politik dan rasis.
Usaha bandit tidak putus di situ. Lalu diutus pula suara burung yang uzur lagi tua. Bandit perlu manfaatkan suara ini, untuk menyanyikan semula judul lagu 'Mari bergabung dengan Umno', versi unplugged. Walaupun nyanyian burung tua itu langsung tidak sedap didengar, bandit tiada pilihan, bandit terdesak kini, walaupun ramai rakyat muntah kuning mendengar suaranya. Bencana untuk gagal makin dapat dilihat. Kegagalan kali kedua.
Bengkeng sungguh PAS. Bandit kecewa. Hagemon Negara jua kecewa, dengan kelu lidahnya beraksi berkata, PAS tolong jangan terus hina Umno..." Namun sebagai bandit usaha itu pasti tidak akan berhenti terus.
Tepatnya lagi, bengkeng PAS itu umpama seorang gadis. Gadis perawan yang bercahaya wajahnya seperti bulan purnama. Makin direnung, makin asyik pula. Cuma, bengkengnya saja yang buat bandit kecewa. Paling bengkeng di dunia. Itulah PAS di mata UMNO dan bandit-banditnya.
Bagi Umno, andai dapat dibawa lari dan dikahwini gadis 'bengkeng' ini agar ia jauh dari Pakatan, ia satu kejayaan. Ia penting. Ia unggul. Ia juga terbilang. Ia 'span' yang utoh untuk meneruskan hidup dan nyawa bagi Umno.
Tahap ampuh berdirinya kepimpinan PAS dibawah TGNA (Mursyidul Am) serta TGHH (Presiden) cukup merimaskan UMNO. Lebih-lebih lagi apabila penegasan total diraikan dengan solid ketika Muktamar PAS di Perak dan di Kelantan, Umno dan banditnya menjadi sesak dada kembali.
"Jasa" agung UMNO yang tebal rasisnya benar-benar membuka mata rakyat. Masakan tidak terbuka mata ? Malah terbuka dan terbeliak apabila tahu bahawa 'nyanyian merdu' nya sekadar untuk manfaat kroni-nya sahaja. Umno telah menipu orang Melayu selama lebih dari 50 tahun.
Apa yang terjadi dengan RM52 juta saham Bumiputra? Jadi debu ditiup angin. Jutaan ringgit dari wang rakyat dibuang begitu saja di Bakun, dan yang terkini jutaan ringgit pula lebur dan ghaib dari Felda, hei..wang itu terbitnya dari keringat para petani yang langsung tidak bersalah.
Hanya orang melayu yang mabuk saja yang akan percaya kepada Umno kini. Apa yang jelas sokongan melayu kepada PAS semakin bertambah. Sasar seterusnya UMNO akan putih mata melihat lebarnya jalur kuasa Pakatan Rakyat bersamanya PAS pada PRU13 tidak lama lagi, optimis ditakluki adalah negeri Perlis dan Terengganu. Kemuncak ke Putrajaya makin putih dilihat.
Kajian menunjukkan bahawa kuasa akan kekal ditangan Pakatan Rakyat bagi negeri-negeri di utara, terutamanya di Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor. Manakala Perak, Pahang serta Negeri Sembilan merupakan sasaran paling utama untuk ditakluki. Sabah dan Sarawak, bukan lagi milik BN kini. Ia bukan lagi deposit tetap Umno. Mobilitinya Sibu ke tangan Pakatan memberi petunjuk jelas bahwa mimpi hitam Umno semakin jelas rakyat telah menolaknya di tanah Borneo itu. Fenomena yang sebelum ini tidak pernah terjadi.
Kerana itu, kerinduan dan berahi Umno kepada gadis bengkeng (PAS) sungguh mengujakan. Biarpun sebelumnya, lunyai si 'bengkeng' itu ditendang terajang, sesat lagi pengkhianat. Dasar bandit, bila tidak dapat orangnya, jangan lupa meninggalkan maki dan sumpah seranah.
Sebut saja pengkhianat melayu, sebenarnya Umno itulah banditnya yang telah mengkhianati Bumiputra (NEP), serta memesongkan faham hudud yang sebenar. Umno lah sebenarnya pengkhianat kepada Islam (menyesatkan).
Umum mengetahui, hayat Umno yang semakin mengecil itu hanya ditampung dan disokong oleh melayu-melayu elektorat luar bandar yang terpencil dari maklumat dan pembangunan, sedikit ''orang' asal, juga penduduk Felda dan pengundi-pengundi pos.
Sedangkan Melayu kelas menengah dan berpendidikan telah mula memilih perubahan bersama Pakatan Rakyat sebagai pilihan terbaik untuk masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang dan saksama. Nampaknya nyanyian burung tua dan seruan bandit-bandit Umno jelas tidak dipedulikan lagi oleh PAS.
Jalan terbaik untuk ahli-ahli Umno ialah dengan meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Mari kita tinggalkan para pemimpin Umno, biar mereka jadi gila tanpa pengikut. Say good bye kepada Umno sekarang...bersama kita sekelian rakyat di dalam Pakatan.
No comments:
Post a Comment