Rupanya ramai juga mempunyai pandangan begini.Kalau ikut lojiknya memang patut sekali pemimpin PAS dan UMNO yang jumpa Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tampil ke depan.
Ini yang Kawan kutip masa sembang sana sini.Kebanyakan yang cakap pasal polimek perpaduan Melayu antara PAS-UMNO teringin sangat nak tengok wajah siapa gerangannya.
Kemunculan mereka akan merungkai banyak hal.
Kawan sendiri dapat menerima pendirian Mufti Perak itu yang tegas tidak mahu dedah siapa pemimpin PAS dan UMNO mana yang datang menemuinya untuk cari jalan menyatukan Melayu dari kedua parti itu.
Ini satu amanah yang perlu dipegangnya mungkin atas permintaan individu yang berkenaan.
Soalan terbesar yang kawan-kawan sembang dok tanya apa depa ni yang nak takut.Ini kan benda baik.
Lagipun sanggupkah pemimpin PAS yang berkenaan tahan mendengar dua Naib Presiden PAS Sallehudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tuduh Mufti Perak itu pembohong.
Tan Sri Harussani tidak perlu bimbang semua kawan-kawan sembang yakin dengan kenyataan Tan Sri yang kata ‘ saya Mufti,tak kan saya berbohong’.
Mana mungkin hal seperti itu beliau nak berbohong.
Kawan-kawan pun boleh agak pemimpin PAS yang datang diam-diam jumpa Mufti Perak itu bukanlah utusan rasmi dari parti PAS.
Ini mungkin atas kesedarannya sendiri tentang pentingnya perpaduan Melayu.
Rasanya Salahuddin dan Mahfuz tak payahnya nak berkokok tentang bab itu sangat.
Heran sungguh mengapa keduanya gamat sangat nak nafi sedangkan Tan Sri Harussani tidak pernah sebut pemimpin PAS itu datang atas kapasiti rasmi mewakili parti.
Janganlah kerana ingat nak dapat markah di mata Datuk Nik Aziz Nik Mat yang anti – perpaduan tu sampai sanggup sua tengkok lebih-lebih.
Kata kawan-kawan ini politik nothing is impossible .Hari ini begini…esok boleh begitu.
Nak buat macam mana Nik Aziz merasa PAS dah cukup hebat boleh tongkat dunia sejak tsunami pilihanraya umum Mac 2008.
Kawan sendiri ada ramai kawan-kawan dan adik beradik orang PAS.Ada yang dah tutup hati ikut cakap ulama besar depa tu dan tidak kurang juga yang tertanya-tanya kenapa susah sangat nak duduk bincang.
Yang dah tutup hati tu dok merasa macam UMNO tengah dok melutut mengemis perpaduan dengan PAS.
Memanglah orang UMNO mana yang tak geram kalau orang guna istilah melutut tu.
Namun Datuk Nik Aziz tak boleh main syok sendiri main anggap macam parti PAS ‘lebih Islam’ dari UMNO.
Buka mata dan lihat sekeliling masjid dan segala macam diserata tempat.Itu semua PAS yang buatkah selama ni?
Kawan dapat tahu bukan sahaja kawan-kawan orang UMNO yang fed up dengan cakap Tok Guru tu tetapi ada kawan-kawan orang PAS yang rasional dan moderate pun cukup tak setuju.
Seorang kawan yang naik hot kata apa lebih Islamnya orang di Kelantan yang Tok Guru perintah lebih 20 tahun dengan orang Islam di negeri-negeri lain.
“Kita bukan nak mengata atau pandang rendah…kalau hebat sangat Tok Guru tu tak mungkin lepas 20 tahun ada lagi Mat Rempit dan masalah sosial di negeri itu yang kita dok baca di paper segala macam,” katanya.
Ikut cakapnya ini sentuh bab ada wakil rakyat PAS di Kelantan pun kahwin dengan wanita Kemboja tak ikut peraturan.
Macam mana tentang kes menantu sampai kena suruh letak jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Semua orang tu duduk bawah hidung Tok Guru.
Jadi ikut kawan-kawan tak hairanlah kalau ada pemimpin PAS yang senyap-senyap cari Tan Sri Harussani untuk cari jalan menyatupadukan oran Melayu.
Siapa tahu mungkin si polan tu sedar PAS tidak boleh bawa orang Melayu kemana kalau selama-lamanya ikut cara Datuk Nik Aziz.
Mungkin juga si polan tu giveup tengok Tok Guru dah tak berani cakap banyak pada Karpal Singh dan DAP yang sah-sah kerat jari tak boleh terima hajat negara Islam PAS.
Ini memang betul-betul kes cacamarba .Sana boleh OK walaupun berdesing ayat kena langkah mayat dulu kalau nak negara Islam...tapi dengan Melayu Islam sendiri tak boleh pandang sebelah mata.
Kata depa tindak tanduk si polan tu jelas menunjukkan ada undercurrent “ yang tak kena” dalam PAS sendiri.
Cuma yang semua dok tanya berani dak kawan kita ni tampil angkat tanya kata, “sayalah yang jumpa Tan Sri Harussani”.
Kita pun tahu kawan ini kenalah bersiap sedia dibelasah sakan oleh Datuk Nik Aziz macam Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa kena hari tu.
Teka teki dan main samar-samar tidak akan bawa ke mana.
Juga kalau takat berani buat…tak berani tanggong tak payah masuk kategori ‘pemimpin’.
Jadi..silalah angkat tangan.Ramai yang nak dengar apa ceritanya
No comments:
Post a Comment