WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, July 22, 2010

Ulama Umno: Ketaksuban halang perpaduan

Kumpulan ulama muda Umno - yang menyertai parti itu baru-baru ini - berpendapat selain tekanan daripada pelbagai pihak, hanya ketaksuban dan keegoan menjadi penghalang utama perpaduan Umno-PAS.

Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu. 

Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang melayu adalah beragama Islam".

"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga beerti perjuangan memartabatkan bangsa. 

"Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails