WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 21, 2010

Rantau Panjang dirujuk pada JK disiplin Umno

Seramai tiga orang pemimpin kanan Umno Rantau Panjang dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu kerana mengadakan dua perhimpunan agung tahunan secara berasingan.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan itu selepas mempengerusikan mensyuarat majlis tertinggi Umno di PWTC petang ini.

"Oleh kerana ini sentuh disiplin dalam parti, majlis tertinggi bersetuju rujuk (bekas ketua bahagian) saudara Datuk Mohd Zain (Ismail) dan (bekas bendahari) saudara Ghazali (Ismail) ke jawatankuasa disiplin untuk pertimbang apa saja keputusan yang wajar," katanya.

Tambahnya, dua orang lagi yang dirujuk ke jawatankuasa itu termasuk ketua puteri bahagian tersebut, Norhayati Mamat.

"Oleh kerana berlaku pergolakan demikian, maka majlis tertinggi setuju pentadbiran bahagian Rantau Panjang diambil alih oleh Umno Kelantan sehingga bahagian itu pulih," katanya lagi.

Dua mesyuarat berasingan itu dijalan pada Jun lalu.

Sementara itu, satu lagi bahagian di Kedah, Sungai Petani juga diambil alih pengurusannya oleh perhubungan negeri ekoran perbalahan dan kekecohannya dalam AGM baru-baru ini.

Pemimpin bahagian itu bagaimanapun tidak dirujuk kepada jawatankuasa itu.

Pada 11 Jun lalu, persidangan Umno Sungai Petani
kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan ketua bahagian Ali Yahaya berucap di majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Ketika ditanya, Najib kemudiannya berkata berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai pergolakan di Umno bahagian Setiu.

"Kita ambil maklum, tapi kita tidak bincang," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails