Najib kata Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan kini mencecah 3,186,850 orang. Kalau dah kata parti Melayu terbesar, apa nak dirisaukan perpecahan Melayu.
Jaga sajalah perpaduan Melayu dalam Umno tu. PAS bukannya parti Melayu terbesar. Jaga ahli-ahli Umno dan keluarga ahli Umno yang ramai tu yang ada pelbagai masalah macam cerita di bawah ini.
Berapa juta anak ahli Umno yang tak dapat biasiswa ? Berapa juta anak ahli Umno yang menganggur ? Berapa juta anak ahli Umno yang tak dapat bayar PTPTN ? Berapa juta ahli Umno yang kena saman ekor ? Dan lagi, dan lagi, dan macam-macam masalah lagi.
******************************
Umno Parti Melayu Yang Terbesar, Kata Najib
Mstar 22 Julai 2010 | KUALA LUMPUR: Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/21/mstar_berita/20100721213241&sec=mstar_berita
BEKAS PEMIMPIN DAKWA DIPINGGIR MASYARAKAT
Berita Harian 22 Julai 2010 | MELAKA: “Saya ini dianggap macam orang luar atau anak tiri sehinggakan segala derita dan keluhan saya langsung tidak dipeduli oleh penduduk sekeliling. Padahal saya ini penyokong kuat kerajaan.
Malah, saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Lembah Pantai sebelum pulang ke Melaka 10 tahun lalu. Tapi lihatlah apa yang berlaku pada saya sekarang. Saya terpinggir daripada masyarakat,” kata Azli Bujang, 49.
Beliau yang ditemui di kediamannya di Solok Bukit Bayan, Bukit Katil, meluahkan perasaan kecewanya itu selepas mendakwa tidak ada pihak yang sudi membantunya akibat terpengaruh tohmahan pihak tertentu.
Bagaimana saya nak menyara isteri dan seorang anak berusia lapan tahun? Azli mendakwa tambah membuatkan perasaannya terguris apabila ada sesetengah pihak yang sebelum ini berjanji membantu beliau sekeluarga, termasuk menyediakan modal membuat kuih, selain membaiki kerosakan rumahnya, tidak menunaikan janji itu.
Isterinya, Mardiana Mahamad, 29, berkata, setiap hari beliau sekeluarga hanya makan ala kadar kerana mahu berjimat berikutan tidak mampu untuk membeli lauk.
Dulu saya bekerja sebagai pembantu di kedai makan, tetapi akibat kesihatan suami yang semakin hari semakin uzur, saya terpaksa berhenti kerja kerana mahu menjaganya,” katanya.
No comments:
Post a Comment