WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, July 22, 2010

respon kepada tulisan edyesdotcom

"
aku baru baca tulisan hebat seorang yang menggelar diri mereka sebagai pasreform dan seorang yang terlibat dalam kerja kerja melanggar presiden pas. tulisan kali ini aku bagi respon kerana aku mahu mengetahui satu masalah yang ditulis oleh edyes. aku mahu tahu apa yang dimaksudkan kepincangan kerajaan pas 99, yang aku nak tahu kerajaan pas 99 ada dua saja pas kelantan dan terengganu, tapi aku rasakan edyes tujukan kepada pas terengganu kerana  gagal mempertahankan kerajaan kepada penggal yang kedua.


aku sebagai penyokong, pengundi dan tukang tampal poster parti islam semalaysia (PAS) perlukan perjelasan dari edyes. nampaknya dalam keadaan edyes memuja husam musa yang dikatakan permata kerajaan kelantan dan sempat menyiku kerajaan pas terengganu 99. aku tak heran sangat dengan pemujaan edyes kepada husam yang menjadi kemusyikalan adalah kepincangan kerajaan pas 99. ada bukti ke pas terengganu pincang dalam mentadbir negeri terengganu. dimanakah bukti yang mengatakan pas terengganu gagal dalam mentadbir. kalau rujukan hanyalah kitab dari lombok aku tak heran sangatlah. atau kitab yang bernama pasreform tak le menakjubkan sangat kepada aku.
apakah pas terengganu pincang dalam mentadbir ekonomi terengganu, dimana pincangnya, ada data yang sahih, atau hanya sedap dalam melemparkan fitnah. pedoman apa yang nak diambil dari kepincangan kerajaan pas 99. apakah kerana gagal dalam mempertahankan kerajaan dianggap gagal, apakah bodoh sangat ke pemimpin pas terenganu sampaikan tak tahu nak memerintah. apakah kerajaan pas terengganu 99 gagal dalam membayar gaji sektor awam? gagal membayar projek yang dilaksanakan? atau dimana pincangnya kerajaan pas terengganu 99.
tanpa fakta yang jelas dan tak mampu memberikan bukti bukti yang tak dapat disanggah edyes perlu segera memohon maaf kerana tulisan edyes mengenai kepincangan kerajaan pas 99 adalah fitnah. apakah edyes tahu bagaimana susahnya pas memerintah terengganu, susah payah mencari duit untuk menjaga negeri terengganu, apakah edyes tahu sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pusat, apakah edyes tahu pemimpin pas berhadapan dengan tcs yang masih setia kepada umno? apakah edyes tahu pas terengganu terpaksa berjimat untuk membayar hutang kerajaan negeri terengganu yang dibuat oleh umno? edyes tahu pas terengganu terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang sengaja diadakan, pelabur tidak dibenarkan melabur? tahu ke edyes tentang semua ini, kalau tak tahu jangan sedap sangat melemparkan tuduhan, cuba jawab dengan lidah yang fasih dan terang dimana pincangnya kerajaan pas terengganu 99?
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails