WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, July 19, 2010

Lawanlah akta penerbitan macam kita lawan ISA




empen melawan akta mesin cetak dan penerbitan sudah lama dianjurkan, macam kita menentang ISA juga. Malang sekali tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggemblengkan tenaga mereka yang berminat untuk berkempen dan menimbulkan kesedaran bahawa akta zalim itu juga mesti dimansuhkan, sehinggalah apabila permit penerbitan semua akhbar pembangkang berdepan dengan masalah di KDN


Seingat saya, dulu Ahmad Lutfi Othman dan Fathi Aris Omar pernah menubuhkan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), kalau tak silap, selepas majalah Detik dan Wasilah, juga akhbar Eksklusif diharamkan KDN, iaitu lebih kurang tahun 2000 atau 2001.
Dan inilah ketikanya KAMI diaktifkan semula. Saya tak pasti Ahmad Lutfi yang masih keuzuran itu masih mampu untuk menggerakkan KAMI tapi tentulah wartawan bebas tidak kekurangan aktivis untuk menggantikannya. Sama ada mahu melancarkan demonstrasi atau tidak, ia bukan isu utama, yang penting harus ada kempen tersusun di negara kita bagi membebaskan media. Dan akta mesin cetak dan penerbitan itu adalah halangan awal yang mesti ditumpaskan dahulu.
Saya harap KAMI tidak menunggu masa lama untuk mengaum kembali. Memang Harakah, yang mana Ahmad Lutfi menjadi Ketua Pengarangnya, sudah mendapat permit tapi adalah tidak patut sama sekali bila Harakah dapat permit maka Lutfi dan kawan2nya di Harakah senyap serta tidak mempedulikan rakan-rakan lain di Suara Keadilan dan juga Roket.
Harakah pun akan terus dikongkong dengan macam2 syarat. Dan kalau KDN rasa tak puas hati mereka boleh gantung semula seperti yang berlaku pada bilan Mac tahun lepas. Jadi, tunggu apa lagi ....
Layarilah blog http://bebaskan-media.blogspot.com/ tanda sokongan anda kepada Kumpulan Media Independen (K.A.M.I) yang memperjuangkan kebebasan media

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails