WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, July 19, 2010

Dakwaan Noh tidak bertanggungjawab

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.
Kenyataan beliau itu salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.
Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan  yang membeli secara pukal.
Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat.
Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa.
KSSB, menurut mereka diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus.
Semua tuduhan dan dakwaan dibangkitkan pelbagai individu dan kumpulan akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas  Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)  kelak.
“Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan,” ujar mereka.
Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. 
Malah, kata mereka sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan kami telah memberi kerjasama penuh.
KSSB bimbang bahawa serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu.
“Kami menegaskan bahawa syarikat ini menguntungkan dan telah melaksanakan polisi serta garis panduan telus untuk menyekat amalan rasuah. KSSB merupakan syarikat kerajaan yang profesional serta tidak menerima sebarang amalan seleweng atau salah laku dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar polisi KSSB,” ujar mereka selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails